Category: Ilmu

Kritikan Terhadap Dakwaan Kassim Ahmad

Kassim Ahmad menyatakan bahawa hadis-hadis Nabi bercanggah dengan al-Quran. Contohnya seperti berikut: ولكم عليهن أن لا يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه. فإن فعلن ذلك فاضربوهن ضربا غير مبرح (Hadis riwayat Muslim) Beliau mentermahkan maksud hadis ini: Kamu mempunyai (hak) terhadap mereka (yakni isteri-isteri kamu) agar mereka tidak meniduri sesiapa yang tidak kamu sukai. Jika mereka melakukan ini, pukuli mereka tanpa menyebabkan cedera…” (Riwayat Bukhari dan Muslim) sedangkan al-Quran kata hukman zina ialah sebat. Hadis pula kata hukuman zina bagi orang yang telah berkahwin ialah rejam dengan batu sampai mati. (Rujuk: http://kassimahmad.blogspot.com/2008/08/hadis-satu-penilaian-semula-21-bab-iv.html) Jawapan saya seperti berikut: 1. Lafaz itu tiada dalam...

Read More

Tuduhan Abu Syafiq Terhadap al-Albani

Abu Syafiq mengutuk tindakan al-Albani yang menyatakan keharusan berlakunya zina terhadap isteri-isteri Nabi sallallah alaih wasallam? Saya nukilkan apa kata al-Albani dalam kitabnya al-Silsilah al-Sahihah (6/27) berkaitan peristiwa al-Ifk (الإفك): ولكنه سبحانه صان السيدة عائشة رضي الله عنها وسائر أمهات المؤمنين من ذلك كما عرف ذلك من تاريخ حياتهن، ونزول التبرئة بخصوص السيدة عائشة رضي الله عنها، وإن كان وقوع ذلك ممكنا من الناحية النظرية لعدم وجود نص باستحالة ذلك منهن، ولهذا كان موقف النبي صلى الله عليه وسلم في القصة موقف المتريث المترقب نزول الوحي القاطع للشك في ذلك الذي ينبئ عنه قوله صلى الله عليه وسلم في حديث الترجمة: ” إنما أنت من بنات آدم، فإن كنت بريئة فسيبرئك الله، وإن كنت ألممت بذنب فاستغفري الله.. “، ولذلك قال الحافظ في صدد بيان ما في الحديث من الفوائد: ” وفيه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان لا يحكم لنفسه إلا بعد نزول الوحي. نبه عليه الشيخ أبو محمد بن أبي جمرة نفع الله به “. يعني أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يقطع ببراءة عائشة رضي الله عنها إلا بعد نزول الوحي. Maksudnya: Tetapi Allah subhanah wataala memelihara Aisyah r.a dan seluruh ummul mukminin daripada (zina) itu seperti mana yang diketahui daripada sejarah hidup mereka (yang suci) dan penurunan (ayat) membersihkan Aisyah (dari tuduhan itu) walaupun perlakuan zina itu dari sudut teori akal tidak mustahil untuk berlaku kerana tiada nas (pada waktu itu) yang menyatakan...

Read More

Jawapan kepada fitnah terhadap al-Albani

Tersebar poster seperti ini di internet. Saya katakan ia adalah fitnah terhadap al-Albani. Ya, saya juga mempunyai beberapa perkara yang tidak sependapat dengan pandangan beliau terutama dalam penilaian hadis tetapi tidak perlu untuk fitnahbeliau jika tidak bersetuju dengannya. Jawapan saya secara ringkas seperti berikut: 1. Al-Albani sendiri menafikan secara jelas bahawa beliau tidak mengkafirkan al-Bukhari. Keterangannya seperti berikut: i. Kata al-Albani kepada muridnya: engkau sendiri mendengar bahawa aku syak (tidak percaya) kalam itu ditulis oleh al-bukhari. Maknanya pada al-Albani kalam itu tidak sabit bagi al-bukhari. * kalam ini dinukil oleh pembuat poster dalam posternya tetapi seolah beliau tidak faham...

Read More

Sedikit teguran kepada Tuan Mufti Kedah

Ramai antara kita yang telah menonton video seorang Mufti di negara kita yang menghentam satu aliran pemikiran yang beliau tidak setuju. Videonya boleh ditonton di sini:     Di sini saya akan menyatakan pandangan saya ke atas klip video berkenaan. Pandangan saya ini bukanlah bermakna saya tidak bersetuju dengan beliau dalam semua perkara bukan juga kerana saya juga ingin pertahankan wahabi. Bahkan mungkin beliau lebih alim dan pandai dari saya. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah peribadi dengan beliau. Cuma atas dasar amanah ilmu maka saya kemukakan kritikan ini. Jika saya tersalah sila betulkan. Kritikan Pertama: Berkaitan dengan Tabarruk (Mengambil...

Read More

Isu Perlakuan Syirik Dalam Masjid/Surau: Satu Penilaian

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan isu puak-puak Buddha melakukan upacara meditasi di dalam sebuah surau. Maka apabila timbul isu sebegini ia pasti mengundang pelbagai reaksi dan pandangan ramai. Sudah pasti ada yang marah dan ada juga yang tidak merasa apa-apa kerana pada pandangannya Islam meraikan perbezaan agama. Saya tidak mengetahui maklumat terperinci tentang isu yang berlaku di surau tersebut. Sebaliknya saya ingin menghuraikan pandangan saya terhadap hukum membenarkan orang kafir melakukan upacara keagamaan mereka di tempat ibadat kaum muslimin. Untuk menghuraikan kekusutan tersebut perkara berikut harus dijelaskan: 1. Tidak dinafikan Islam meraikan kebebasan beragama. Bahkan Nabi sallallah ‘alaih...

Read More

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 0
  • Today Visitor: 14
  • Total Visitor: 94,590