Category: Manhaj

Tuduhan Abu Syafiq Terhadap al-Albani

Abu Syafiq mengutuk tindakan al-Albani yang menyatakan keharusan berlakunya zina terhadap isteri-isteri Nabi sallallah alaih wasallam? Saya nukilkan apa kata al-Albani dalam kitabnya al-Silsilah al-Sahihah (6/27) berkaitan peristiwa al-Ifk (الإفك): ولكنه سبحانه صان السيدة عائشة رضي الله عنها وسائر أمهات المؤمنين من ذلك كما عرف ذلك من تاريخ حياتهن، ونزول التبرئة بخصوص السيدة عائشة رضي الله عنها، وإن كان وقوع ذلك ممكنا من الناحية النظرية لعدم وجود نص باستحالة ذلك منهن، ولهذا كان موقف النبي صلى الله عليه وسلم في القصة موقف المتريث المترقب نزول الوحي القاطع للشك في ذلك الذي ينبئ عنه قوله صلى الله عليه وسلم في حديث الترجمة: ” إنما أنت من بنات آدم، فإن كنت بريئة فسيبرئك الله، وإن كنت ألممت بذنب فاستغفري الله.. “، ولذلك قال الحافظ في صدد بيان ما في الحديث من الفوائد: ” وفيه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان لا يحكم لنفسه إلا بعد نزول الوحي. نبه عليه الشيخ أبو محمد بن أبي جمرة نفع الله به “. يعني أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يقطع ببراءة عائشة رضي الله عنها إلا بعد نزول الوحي. Maksudnya: Tetapi Allah subhanah wataala memelihara Aisyah r.a dan seluruh ummul mukminin daripada (zina) itu seperti mana yang diketahui daripada sejarah hidup mereka (yang suci) dan penurunan (ayat) membersihkan Aisyah (dari tuduhan itu) walaupun perlakuan zina itu dari sudut teori akal tidak mustahil untuk berlaku kerana tiada nas (pada waktu itu) yang menyatakan...

Read More

Jawapan kepada fitnah terhadap al-Albani

Tersebar poster seperti ini di internet. Saya katakan ia adalah fitnah terhadap al-Albani. Ya, saya juga mempunyai beberapa perkara yang tidak sependapat dengan pandangan beliau terutama dalam penilaian hadis tetapi tidak perlu untuk fitnahbeliau jika tidak bersetuju dengannya. Jawapan saya secara ringkas seperti berikut: 1. Al-Albani sendiri menafikan secara jelas bahawa beliau tidak mengkafirkan al-Bukhari. Keterangannya seperti berikut: i. Kata al-Albani kepada muridnya: engkau sendiri mendengar bahawa aku syak (tidak percaya) kalam itu ditulis oleh al-bukhari. Maknanya pada al-Albani kalam itu tidak sabit bagi al-bukhari. * kalam ini dinukil oleh pembuat poster dalam posternya tetapi seolah beliau tidak faham...

Read More

Sedikit teguran kepada Tuan Mufti Kedah

Ramai antara kita yang telah menonton video seorang Mufti di negara kita yang menghentam satu aliran pemikiran yang beliau tidak setuju. Videonya boleh ditonton di sini:     Di sini saya akan menyatakan pandangan saya ke atas klip video berkenaan. Pandangan saya ini bukanlah bermakna saya tidak bersetuju dengan beliau dalam semua perkara bukan juga kerana saya juga ingin pertahankan wahabi. Bahkan mungkin beliau lebih alim dan pandai dari saya. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah peribadi dengan beliau. Cuma atas dasar amanah ilmu maka saya kemukakan kritikan ini. Jika saya tersalah sila betulkan. Kritikan Pertama: Berkaitan dengan Tabarruk (Mengambil...

Read More

Apa kata ulama hadis terhadap Kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din karya Hujjat al-Islam al-Ghazzali?

Ramai yang marah apabila pelajar-pelajar hadis menyatakan kritikan mereka terhadap karya Imam al-Ghazzali yang masyhur Ihya’ Ulum al-Din. Tidak dapat dinafikan bahawa marah mereka itu disebabkan kecintaan mereka yang mendalam kepada tokoh agama ini. Cuma apa yang perlu difahami oleh setiap muslim ialah kritikan ilmiah terhadap kesilapan seorang sarjana bukanlah bermakna kita mentohmah beliau atau menghinanya. Sebaliknya kritikan yang dilakukan hanyalah kerana melaksanakan amanah ilmu. Seperkara lagi yang perlu kita ketahui, kritikan terhadap kitab Ihya’ bukanlah datang dari pelajar hadis hari ini, tetapi ia datang dari tokoh hadis silam yang masyhur. Berikut adalah antara kritikan jaguh-jaguh hadis terhadap kitab Ihya’: 1. Ibn Jauzi: ((اعلم أن في كتاب الإحياء آفات لا يعلمها إلا العلماء، وأقلها الأحاديث الباطلة الموضوعة، وإنما عنقلها كما اقتراها ـ جمعها ـ لا أنه افتراها ، ولا ينبغي التعبد بحديث موضوع والاغترار بلفظ مصنوع Maksudnya: Ketahuilah bahawa dalam kitab Ihya’ penyakit yang tidak diketahui melainkan ulama. Penyakit yang paling ringan ialah hadis-hadis batil dan palsu. Sesungguhnya beliau (al-Ghazzali) mengumpulkan hadis-hadis itu hasil dari nukilannya (dari sumber lain) dan bukan beliau yang mereka-reka hadis itu sendiri. Tidak boleh beribadat dgn hadis palsu dan terpesona dgn lafaz hadis yang direka. (Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 16-17) 2. al-Zahabi: ((أما الإحياء ففيه من الأحاديث الباطلة جملة، وفيه خير كثير لولا ما فيه من آداب ورسوم وزهد من طرائق الحكماء، ومنحرفي الصوفية، نسأل الله علماً نافعاً Maksudnya: Adapun kitab al-Ihya’ di dalamnya terdapat...

Read More

Katakan tidak kepada Muharrifun!

Literalis VS Muharrifun Akhir-akhir ini sering kali kedengaran tafsiran-tafsiran literal golongan agamawan. Tidak dinafikan tafsiran literal akan memandulkan sifat fleksibiliti agama ini. Ini kerana nas terhad manakala kehidupan manusia terus berjalan dan isu-isu baru yang memerlukan hukum pula akan muncul. Maka Maqasid Syariah merupakan salah satu dalil untuk memberikan hukum terhadap isu-isu baru. Mustahil bagi agama yang diturunkan oleh Allah kepada manusia dan jin ini tidak mempunyai objektif pensyariatan (المقاصد). Mereka yang memahami nas tanpa memerhatikan atau memahami objektif di sebaliknya sama seperti seseorang yang menerima arahan dari tuannya supaya jangan memberi salam kepada si fulan, kemudian apabila berjumpa dengan si fulan beliau terus mencium tangannya dengan alasan yang dilarang oleh tuannya hanyalah memberi salam. (Rujuk Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, jld. 3, hlm. 141) Wujud pula golongan Muharrifun Belum lagi habis isu literalis, kedengaran pula golongan baru yang boleh dipanggil Muharrifun. Mereka memesongkan makna kalam seteru akademik mereka. Walaupun tidak dapat dipastikan bila golongan ini muncul, tapi ia tetap ada. Gelanggang ilmiah di Malaysia yang sepatutnya menjadi medan penghujahan dan pendalilan yang sihat untuk mencari pandangan yang tepat apabila berlaku perbezaan mazhab fiqh menjadi tidak harmoni lagi apabila terpalit dengan tafsiran golongan Muharrifun yang memesongkan pandangan-pandangan seteru akademik mereka dengan tafsiran yang tidak pernah dimaksudkan oleh pengucapnya. Sesungguhnya bahaya perbuatan memesongkan ucapan orang sehingga dengan tafsiran yang dia sendiri tidak maksudkan amat bahaya. Nabi saw pernah menyebut: ” يحمل هذا...

Read More

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 0
  • Today Visitor: 14
  • Total Visitor: 94,590