Katakan tidak kepada Muharrifun!

Literalis VS Muharrifun Akhir-akhir ini sering kali kedengaran tafsiran-tafsiran literal golongan agamawan. Tidak dinafikan tafsiran literal akan memandulkan sifat fleksibiliti agama ini. Ini kerana nas terhad manakala kehidupan manusia terus berjalan dan isu-isu baru yang memerlukan hukum pula akan muncul. Maka Maqasid Syariah merupakan salah satu dalil untuk memberikan hukum terhadap isu-isu baru. Mustahil bagi agama yang diturunkan oleh Allah kepada manusia dan jin ini tidak mempunyai objektif pensyariatan (المقاصد). Mereka yang memahami nas tanpa memerhatikan atau memahami objektif di sebaliknya sama seperti seseorang yang menerima arahan dari tuannya supaya jangan memberi salam kepada si fulan, kemudian apabila berjumpa dengan si fulan beliau terus mencium tangannya dengan alasan yang dilarang oleh tuannya hanyalah memberi salam. (Rujuk Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, jld. 3, hlm. 141) Wujud pula golongan Muharrifun Belum lagi habis isu literalis, kedengaran pula golongan baru yang boleh dipanggil Muharrifun. Mereka memesongkan makna kalam seteru akademik mereka. Walaupun tidak dapat dipastikan bila golongan ini muncul, tapi ia tetap ada. Gelanggang ilmiah di Malaysia yang sepatutnya menjadi medan penghujahan dan pendalilan yang sihat untuk mencari pandangan yang tepat apabila berlaku perbezaan mazhab fiqh menjadi tidak harmoni lagi apabila terpalit dengan tafsiran golongan Muharrifun yang memesongkan pandangan-pandangan seteru akademik mereka dengan tafsiran yang tidak pernah dimaksudkan oleh pengucapnya. Sesungguhnya bahaya perbuatan memesongkan ucapan orang sehingga dengan tafsiran yang dia sendiri tidak maksudkan amat bahaya. Nabi saw pernah menyebut: ” يحمل هذا...

Read More