Category: Fiqh

[VIDEO] Panduan Solat & Bersuci Orang Sakit

Panduan untuk bersuci dan bersolat untuk orang sakit yang boleh kita jadikan panduan bersama-sama oleh Iman Muda Asyraf. Terima kasih diucapkan kepada Imam Muda Asyraf dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia diatas usaha murni ini. Semoga dengan panduan ini akan mempermudahkan urusan solat bagi pesakit dan bukannya beban pesakit. Wallahua’lam. 1. Watch “Hospital Mesra Ibadah : Panduan Solat Untuk Pesakit (Bhg 1)” on YouTube 2. Watch “Hospital Mesra Ibadah : Panduan Solat Untuk Pesakit (Bhg 2)” on YouTube 3. Watch “Hospital Mesra Ibadah : Panduan Solat Untuk Pesakit (Bhg 3)” on YouTube 4. Watch “Panduan Solat Untuk Pesakit : Wuduk”...

Read More

[VIDEO] Seminar Fiqh Kematian

Kematian satu yang pasti bagi setiap yang bernyawa. Bagaimana kita menghadapi kematian dari segi memandikan mayat, kafankan mayat serta solat jenazah. Dan bagaimana kita beradap ketika kita melawat orang yang sakit. Ikuti kuliah-kuliah Dr Rozaimi bersama Dr Basit berkenaan: 1. Watch “1-Persediaan Menghadapi Kematian” on YouTube 2. Watch “2- Adab Menziarahi Pesakit” on YouTube 3. Watch “3 Apabila berlaku kematian” on YouTube 4. Watch “4 Mandi Jenazah” on YouTube 5. Watch “5 Mengkafani Jenazah” on YouTube 6. Watch “6 Soal Jawab” on YouTube 7. Watch “7 Tatacara Solat Jenazah” on YouTube 8. Watch “8 Pengebumian” on YouTube 9. Watch...

Read More

Hukum Makan Pil Lewatkan Haid Dalam Tempoh Iddah

وقال ابن رشد: سئل مالك عن المرأة تخاف تعجيل الحيض فيوصف لها شراب تشربه لتأخير الحيض قال : ليس ذلك بصواب وكرهه. قال ابن رشد : إنما كرهه مخافة أن تدخل على نفسها ضررا بذلك في جسمها. Maknanya: ibn rusyd berkata: (Imam) Malik ditanya tentang perempuan yang takut haidnya datang awal lalu dicadangkan padanya untuk meminum minuman supaya boleh melambatkan haidnya. Jawab Malik: Ini tidak betul dan Malik tidak menyukainya. Kata Ibn Rusyd: sesungguhnya Malik membencinya kerana bimbang akan berlaku mudharat pada jasad perempuan itu disebabkan minuman tersebut. * ini bermakna jika tidak berlaku mudharat maka tidak menjadi salah....

Read More

Hadis Fadhilat Tarawih Setiap Malam, Boleh Dibuat Untuk Fadhail al-A’mal?

Apabila masuknya bulan ramadhan ini saya sering ditanya dengan soalan: Adakah hadis fadhilat tarawih mengikut malam itu sahih?”. Alhamdulillah saya bersyukur kerana makin hari makin ramai masyarakat kita mula bertanya tentang status hadis yang pada matanya nampak pelik. Ia menunjukkan mereka sudah mula untuk memastikan amalan mereka bersumberkan hadis yang sabit dari Nabi sallallah ‘alaih wa sallam. Hari ini (17 Julai 2013) saya ditanya oleh beberapa orang sahabat-sahabat tentang pandangan seorang ustaz yang memberi fatwa bahawa hadis fadhilat tarawih mengikut malam-malam tertentu boleh digunakan untuk tujuan galakan beribadat atau dengan kata kata lain boleh digunakan untuk tujuan Fadhail al-A’mal. Boleh rujuk videonya di sini: http://www.youtube.com/watch?client=mv-google&gl=MY&hl=en&v=G2RP1jCYmhA&feature=youtu.be&nomobile=1 Untuk menjawab persoalan ini saya nyatakan seperti berikut: 1. Solat tarawih memang dianjurkan oleh Islam. Banyak hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Nabi sallallah ‘alaih wa sallam melakukan solat tarawih pada bulan Ramadhan dan baginda sendiri menggalaknya umatnya menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan dengan ibadat antaranya solat tarawih. Sabda Nabi sallallah ‘alaih wa sallam: من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه Maksudnya: Sesiapa yang mendirikan malam-malam Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan (pahala) maka Allah akan ampun dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, jld. 1, hlm 22, no. hadis: 37) Ulama menyatakan hadis ini adalah galakan untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadat antaranya solat tarawih. (Lihat: al-Bugho dan a-Khin, al-Fiqh al-Manhaji, jld. 1, hlm. 237) 2. Hadis ini tidak diriwayatkan dalam mana-mana...

Read More

Haram Makan dan Minum Menggunakan Bekas Emas dan Perak

“Benda pertama yang akan saya lakukan adalah minum dalam bekas minuman paling mahal di Malaysia,” itulah reaksi seorang pemenang Peraduan Nescafe Gold Mug anjuran Nestle Products Sdn Bhd, yang menerima hadiah eksklusif kole emas bernilai RM100,000 sebagaimana dilapor dalam surat khabar metro. Kami agak tersentak dengan kenyataan yang dibuat oleh puan ini. Walaupun agama meminta agar hambanya bersyukur jika dikurniakan nikmat tetapi cara bersyukur juga mestilah bertepatan dengan ajaran agama. Ringkasnya, minum dalam kole emas itu bukanlah suatu yang dibenarkan Syarak. Sebenarnya, isu menggunakan emas sebagai bekas, hiasan dan sebagainya sudah lama berlaku. Kita pernah didedahkan dengan seunit tandas bertatahkan emas yang dijual di Hong Kong dengan  harga USD 4.8 juta, tab mandi diperbuat daripada emas, bilik mandi daripada emas dan lain-lain. Jika kita merujuk ajaran Islam, ia mengajar penganutnya bersederhana dalam kehidupan walaupun ketika bersyukur. Ia juga mengajar penganutnya bahawa dunia ini hanyalah sementara dan tempat mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat.  Dalam konteks perhiasan dan alatan yang digunakan sehari-hari, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar dipatuhi penganutnya. Panduan ini termuat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. antaranya. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, al-dibaj (sutera bercorak), jangan kamu minum menggunakan bekas emas dan perak dan jangan pula kamu makan di dalam mangkuk yang diperbuat daripada keduanya kerana ia adalah untuk mereka (orang kafir) di dunia manakala ia adalah untuk kamu di akhirat”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)....

Read More
  • 1
  • 2

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 1
  • Today Visitor: 31
  • Total Visitor: 85,802