Category: Akhlaq

Benarkah Kemiskinan Itu Mulia?

Suatu hari saya berkesempatan pergi ke Gerik, Perak untuk memenuhi jemputan Pejabat Agama bersempena program Zakat. Saya ketika itu merupakan Pegawai Baitulmal di salah sebuah daerah di Perak. Ketika program tersebut, saya berkesempatan untuk mendengar satu ceramah dari seorang tuan guru tentang kelebihan kemiskinan berbanding orang kaya. Maka bermacam-macam hadis yang dibaca untuk menggalakkan orang menjadi miskin. Saya agak kurang setuju dengan cara penyampaian tersebut kerana ia seolah-olah ingin menggalakkan orang miskin penerima bantuan zakat terus miskin kerana ia lebih afdal berbanding orang kaya. Hadis Memuji Orang Kaya   Bukanlah martabat saya untuk mengatakan tok guru terbabit salah 100%. Tetapi cara penyampaian yang sebegitu pada saya agak kurang tepat. Sepatutnya ceramah yang diberi bukan hanya membaca hadis-hadis kelebihan kemiskinan tetapi juga perlu diberi motivasi kepada mereka supaya keluarkan diri dan keluarga mereka daripada kemiskinan yang membelenggu diri mereka. Jangan dilupa bahawa terdapat juga banyak hadis yang memuji orang kaya. Bukankah Uthman ibn Affan dan Abdul Rahman ibn Auf merupakan orang yang kaya di Mekah dan Madinah? Kedua mereka adalah 10 orang yang dijanjikan syurga. Nabi saw juga memuji Amru bin al-As dgn katanya: يا عمرو نعم المال الصالح للمرء الصالح Maksudnya: Wahai Amru, alangkah baiknya harta yang baik (apabila diberikan) kepada orang yang salih. (Musnad Ahmad, jld. 4, hlm. 197, dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnaut). Ulasan Terhadap Nas Perlu Tepat  Pada saya, pembacaan hadis tentang pujian terhadap kemiskinan perlukan...

Read More

Adakah itu pendakwah sebenar?

Islam Agama Ilmiah Tidak dinafikan bahawa sesiapa sahaja yang telah mencium haruman sunnah akan membela dan mempertahankannya. Apatah lagi jika yang dihina itu adalah Nabi yang menjadi rujukan sunnah maka sudah tentu kita akan melenting kepada sesiapa sahaja yang menghinanya. Namun perlu diingat, Islam ini agama yang bersifat ilmiah bukan emosi. Di dalam al-Qur’an terlalu banyak ayat yang menyuruh manusia berfikir dan menaakul. Bahkan Islam menggalakkan penganutnya berdialog dan berjidal untuk sampai kepada kebenaran. Islam menegur orang kafir Jahiliyyah yang tidak mahu menggunakan akal mereka untuk memilih agama. Firman Allah yang bermaksud: “Apabila dikatakan kepada mereka (orang kafir) marilah (ikuti) apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: “Bahkan (biarkanlah) kami mengikuti apa yang kami dapati nenek moyang kami lakukan”, walaupun nenek moyang mereka itu tidaklah berakal dan tidak juga mendapat petunjuk”. (al-Baqarah: 107) Mendabik Dada Apa yang mendukacitakan, masih terdapat lagi beberapa golongan yang mendabik dada menganggap diri mereka “pendakwah Islam yang sebenar” tidak bersikap ilmiah dalam menghukum dan berdakwah. Hukuman dan pandangan yang dilontarkan kadang-kadang tidak berdasarkan bukti yang benar. Sedangkan Allah mengingatkan: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6) Taksub dan Bengis Pendakwah seperti ini sebenarnya...

Read More

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 1
  • Today Visitor: 28
  • Total Visitor: 85,799