Adakah menjamah sedikit garam sebelum makan itu sunnah?

Tersebar di beberapa blog dan juga di Facebook tentang kelebihan menjamah sedikit garam sebelum makan dan disandarkan perbuatan ini kepada Nabi s.a.w. Bahkan ada juga menganjurkan kaifiat tertentu ketika menjamah garam tersebut. Ada yang menyatakan perlu meletakkan garam tersebut di lelangit menggunakan jari tertentu. Justeru, soalan yang timbul, benarkah Nabi s.a.w melakukan perkara ini? Persoalan ini ana jawab seperti berikut: Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan perkara ini. Hadis marfu’ (riwayat yang diangkat kepada Nabi) –      حديث علي أن النبي قال له: «يا علي، عليك بالملح، فإنه شفاء من سبعين داء أقلها الجذام والبرص والجنون» Maksdunya: “Wahai Ali, ke atasmu (makan) garam, sesungguhnya ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit. Penyakit yang paling ringan (yang akan diubatinya) ialah kusta, sopak dan gila”. Komentar terhadap periwayatan hadis: –   Hadis ini palsu. Ia adalah riwayat Abdullah bin Ahmad bin Amir dari ayahnya. Mereka berdua terkenal meriwayatkan hadis batil dari Ahlul Bait. (Lihat: Ibn al-Jawzi, al-Maudhu’at, jld. 1, hlm. 289, al-Zahabi, Talkhis al-Mudhu’at, hlm. 240, al-Syawkani, al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 161). قال ابن الجوزي: ولا يصح، فيه أحمد بن عامر، وعنه ابنه عبد الله، وآفته أحدهما فإنهما يرويان عن أهل البيت نسخة كلها باطلة. قال الذهبي: فيه عبد الله بن أحمد بن عامر كذاب وضعه في تيك النسخة على أهل البيت. قال الشوكاني: هو موضوع وروى البيهقي نحوه من قول علي. –      حديث سعد بن معاذ أن النبي r قال: «استفتحوا طعامكم بالملح، فوالذي نفسي...

Read More