Category: Hadis

Benarkah Humaira’ Itu Gelaran Bagi Ummul Mukminin Aisyah?

Ada yang bertanya saya tentang status gelaran Humaira’ kepada Aisyah. Dalam penulisan kali ini saya akan menyatakan status hadis-hadis yang terdapat lafaz Humaira’ kepada Aisyah radhiallah anha: 1. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah: وكل حديث فيه يا حميراء أو ذكر الحميراء فهو كذب مختلق Maksudnya: Semua hadis yang ada (lafaz) wahai Humaira’ atau sebutan Humaira’ adalah dusta dan rekaan. (al-Manar al-Munif, hlm. 60) 2. Kata al-Zahabi: وقد قيل: إن كل حديث فيه: يا حميراء، لم يصح، وأوهى ذلك تشميس الماء Maksudnya: Dikatakan bahawa hadis yang ada lafaz: wahai humaira’ tidak sahih dan hadis yang paling lemah ialah hadis tentang air...

Read More

Benarkah Hadis Menyatakan Obama Akan Meruntuhkan Kaabah?

Telah tersebar di alam maya bahawa terdapat hadis yang menyatakan seorang Habsyah akan meruntuhkan Kaabah. Maka terdapat beberapa pihak yang cuba mengaitkan hadis ini dengan apa yang berlaku di Asia Barat sekarang iaitu Barrack Obama cuba untuk melakukan kekacauan kemudian berusaha untuk merobohkan Kaabah. Justeru, timbul persoalan adakah Obama (Presiden Amerika Syarikat) yang dimaksudkan oleh hadis berkenaan? Untuk menjawab persoalan ini, perkara berikut perlu dijelaskan: 1. Hadis tentang lelaki Habsyah merobohkan Kaabah itu memang sahih. Imam Bukhari meriwayatkannya dengan lafaz berikut: «يُخَرِّبُ الكَعْبَةَ ذُو السُّوَيْقَتَيْنِ مِنَ الحَبَشَةِ» Maksudnya: Kaabah akan dirosakkan oleh seorang Habsyah yang berbetis kecil. (no. hadis:...

Read More

Hadis Fadhilat Tarawih Setiap Malam, Boleh Dibuat Untuk Fadhail al-A’mal?

Apabila masuknya bulan ramadhan ini saya sering ditanya dengan soalan: Adakah hadis fadhilat tarawih mengikut malam itu sahih?”. Alhamdulillah saya bersyukur kerana makin hari makin ramai masyarakat kita mula bertanya tentang status hadis yang pada matanya nampak pelik. Ia menunjukkan mereka sudah mula untuk memastikan amalan mereka bersumberkan hadis yang sabit dari Nabi sallallah ‘alaih wa sallam. Hari ini (17 Julai 2013) saya ditanya oleh beberapa orang sahabat-sahabat tentang pandangan seorang ustaz yang memberi fatwa bahawa hadis fadhilat tarawih mengikut malam-malam tertentu boleh digunakan untuk tujuan galakan beribadat atau dengan kata kata lain boleh digunakan untuk tujuan Fadhail al-A’mal. Boleh rujuk videonya di sini: http://www.youtube.com/watch?client=mv-google&gl=MY&hl=en&v=G2RP1jCYmhA&feature=youtu.be&nomobile=1 Untuk menjawab persoalan ini saya nyatakan seperti berikut: 1. Solat tarawih memang dianjurkan oleh Islam. Banyak hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Nabi sallallah ‘alaih wa sallam melakukan solat tarawih pada bulan Ramadhan dan baginda sendiri menggalaknya umatnya menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan dengan ibadat antaranya solat tarawih. Sabda Nabi sallallah ‘alaih wa sallam: من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه Maksudnya: Sesiapa yang mendirikan malam-malam Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan (pahala) maka Allah akan ampun dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, jld. 1, hlm 22, no. hadis: 37) Ulama menyatakan hadis ini adalah galakan untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadat antaranya solat tarawih. (Lihat: al-Bugho dan a-Khin, al-Fiqh al-Manhaji, jld. 1, hlm. 237) 2. Hadis ini tidak diriwayatkan dalam mana-mana...

Read More

Apa kata ulama hadis terhadap Kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din karya Hujjat al-Islam al-Ghazzali?

Ramai yang marah apabila pelajar-pelajar hadis menyatakan kritikan mereka terhadap karya Imam al-Ghazzali yang masyhur Ihya’ Ulum al-Din. Tidak dapat dinafikan bahawa marah mereka itu disebabkan kecintaan mereka yang mendalam kepada tokoh agama ini. Cuma apa yang perlu difahami oleh setiap muslim ialah kritikan ilmiah terhadap kesilapan seorang sarjana bukanlah bermakna kita mentohmah beliau atau menghinanya. Sebaliknya kritikan yang dilakukan hanyalah kerana melaksanakan amanah ilmu. Seperkara lagi yang perlu kita ketahui, kritikan terhadap kitab Ihya’ bukanlah datang dari pelajar hadis hari ini, tetapi ia datang dari tokoh hadis silam yang masyhur. Berikut adalah antara kritikan jaguh-jaguh hadis terhadap kitab Ihya’: 1. Ibn Jauzi: ((اعلم أن في كتاب الإحياء آفات لا يعلمها إلا العلماء، وأقلها الأحاديث الباطلة الموضوعة، وإنما عنقلها كما اقتراها ـ جمعها ـ لا أنه افتراها ، ولا ينبغي التعبد بحديث موضوع والاغترار بلفظ مصنوع Maksudnya: Ketahuilah bahawa dalam kitab Ihya’ penyakit yang tidak diketahui melainkan ulama. Penyakit yang paling ringan ialah hadis-hadis batil dan palsu. Sesungguhnya beliau (al-Ghazzali) mengumpulkan hadis-hadis itu hasil dari nukilannya (dari sumber lain) dan bukan beliau yang mereka-reka hadis itu sendiri. Tidak boleh beribadat dgn hadis palsu dan terpesona dgn lafaz hadis yang direka. (Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 16-17) 2. al-Zahabi: ((أما الإحياء ففيه من الأحاديث الباطلة جملة، وفيه خير كثير لولا ما فيه من آداب ورسوم وزهد من طرائق الحكماء، ومنحرفي الصوفية، نسأل الله علماً نافعاً Maksudnya: Adapun kitab al-Ihya’ di dalamnya terdapat...

Read More

Status hadis berkaitan doa makan yang masyhur

Seperti yang dimaklumi bahawa masyarakat melayu membaca doa sebelum makan dengan lafaz berikut: اللّهُمّ بارِك لنا فِيما رزقتنا ، وقِنا عذاب النّار Maksudnya: Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan pada kami dan jauhilah kami dari azab neraka. Maka di kesempatan ini saya ingin menyatakan pandangan status riwayat doa makan yang masyhur ini. 1. Takhrij hadis: – Riwayat Abdullah bin ‘Amr: Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Du’a (hlm. 278), Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil (jld. 6, hlm. 206) Ibn Sunni  dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (hlm. 406) kesemua mereka dari jalur Muhammad Ibn Abi al-Zu’aizi’ah dari ‘Amr bin Syuaib dari ayahnya dari Abdullah bin ‘Amr dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dengan lafaz: أنه كان يقول في الطعام إذا قرب إليه قال اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار بسم الله وإذا فرغ قال الحمد لله الذي من علينا فهدانا والحمد لله الذي أطعمنا وسقانما فأروانا وكل الإحسان آتانا Maksudnya: Sesungguhnya Nabi berkata pada makanan apabila didekatkan (dihidangkan) padanya: Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan pada kami dan jauhilah kami dari azab neraka. Bismillah. Apabila selesai makan baginda menyebut: Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada kami dan memberikan hidayah, dan segala puji bagi Allah yang memberi kami makanan, memberi kami minum dan mengilangkan dahaga kami dan (segala puji bagiNya) bagi setiap kebaikan yang Dia berikan kepada kami. Komentar ulama hadis terhadap riwayat dan perawi hadis ini: i....

Read More

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 0
  • Today Visitor: 14
  • Total Visitor: 86,875