Category: Hadis

Hati-Hati Ketika Mentafsirkan Penilaian Ulama Terhadap Hadis

Saya sering melihat terdapat beberapa orang yang cuba mengambil mudah ketika mentafsirkan kalam ulama dalam penilaian hadis. Umpamanya jika ada sebilangan mengatakan hadis itu munkar (daif berat atau tersangat daif), tiba-tiba al-Baihaqi menilainya daif sahaja maka bersoraklah sebahagian pembela hadis tersebut dengan mengatakan: Tidak mengapa, al-Baihaqi kata ia daif sahaja. Maka, mereka seolah mengambil mudah kononnya al-Baihaqi menilainya sebagai daif ringan. Saya ingin tegaskan bahawa apabila terdapat percanggahan penilaian begini sebenarnya ia hanya percanggahan zahir sahaja. Ini kerana hadis daif mempunyai beberapa bahagian iaitu palsu, daif berat dan daif ringan. Maka apabila penilaian al-Baihaqi daif semata maka perlu ditafsirkan...

Read More

Status Kisah Pokok Yang Nabi Sallallahu ‘Alaih Wa Sallam Berteduh di Bawahanya

Saya membaca ulasan seorang ustaz yang mendakwa dirinya berada di bidang hadis tentang kisah pokok ini. Perkataannya membayangkan seolah-olah saya menyatakan kisah itu palsu. Saya jawab seperti berikut: 1. Kritikan kisah itu disebut oleh al-Zahabi dalam kitab Tarikh al-Islam. Siapa yang belajar hadis akan tahu ketokohan al-Zahabi dalam bidang hadis. 2. Adapun dakwaan kisah itu masyhur tidak kukuh untuk menyatakan ia sahih. Ini kerana yang masyhur tidak semestinya sahih. 3. Jika saya cenderung dengan pandangan az-Zahabi yang menolak kesahihan cerita ini tidak bermakna saya menghukumnya sebagai palsu. Saya cuma kata ia tidak sahih kerana mempunyai kecacatan. Statusnya ialah ma’lul...

Read More

Jawapan Kepada Kekeliruan Sebahagian Quranism

Jawapan Kepada Pandangan Farouk A Peru Saya telah membaca artikel balas yang ditulis oleh Farouk A Peru sebagai menjawab ustaz Hasrizal dalam artikelnya. Tetapi  saya beranggapan bahawa artikel yang ditulis oleh Farouk A Peru ini perlu dinilai semula. Berikut adalah kritikan saya kepada Farouk A Peru dalam artikel beliau: Kata Farouk A Peru: Khalifah-khalifah Ar-Rashideen sendiri, Abu Bakr dan Umar Al-Khattab membakar koleksi hadis. Umar menyuarakan pendapat yang hadis-hadis dapat melekakan umat Islam dari mengkaji kitab Allah. Dia menyatakan prinsip “hasbuna kitab Allah” (cukup bagi kami kitab Allah). Saya jawab: Saya tidak berjumpa riwayat Umar membakar kitab hadis. Jika...

Read More

Penjelasan Ke Atas Kekeliruan Terhadap Pandangan al-Albani

Saya ternampak poster ini tersebar di alam maya yang menyatakan al-Albani menganggap Nabi sallallah ‘alaih wasallam bukanlah makhluk terbaik. Saya nukilkan kalam beliau dari kitab al-Tawassul: وأمر ثالث وأخير أن الدكتور قد ادعى أن النبي صلى الله عليه و سلم أفضل الخلائق عند الله على الإطلاق . وهذه عقيدة وهي لا تثبت عنده إلا بنص قطعي الثبوت قطعي الدلالة أي بآية قطعية الدلالة أو حديث متواتر قطعي الدلالة أي بآية قطعية الدلالة أو حديث متواتر قطعي الدلالة فأين هذا النص الذي يثبت كونه صلى الله عليه و سلم أفضل الخلائق عند الله على الإطلاق ؟  ومن المعلوم أن هذه...

Read More

Kritikan Terhadap Dakwaan Kassim Ahmad

Kassim Ahmad menyatakan bahawa hadis-hadis Nabi bercanggah dengan al-Quran. Contohnya seperti berikut: ولكم عليهن أن لا يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه. فإن فعلن ذلك فاضربوهن ضربا غير مبرح (Hadis riwayat Muslim) Beliau mentermahkan maksud hadis ini: Kamu mempunyai (hak) terhadap mereka (yakni isteri-isteri kamu) agar mereka tidak meniduri sesiapa yang tidak kamu sukai. Jika mereka melakukan ini, pukuli mereka tanpa menyebabkan cedera…” (Riwayat Bukhari dan Muslim) sedangkan al-Quran kata hukman zina ialah sebat. Hadis pula kata hukuman zina bagi orang yang telah berkahwin ialah rejam dengan batu sampai mati. (Rujuk: http://kassimahmad.blogspot.com/2008/08/hadis-satu-penilaian-semula-21-bab-iv.html) Jawapan saya seperti berikut: 1. Lafaz itu tiada dalam...

Read More

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 0
  • Today Visitor: 14
  • Total Visitor: 86,875