Hati-Hati Ketika Mentafsirkan Penilaian Ulama Terhadap Hadis

Saya sering melihat terdapat beberapa orang yang cuba mengambil mudah ketika mentafsirkan kalam ulama dalam penilaian hadis. Umpamanya jika ada sebilangan mengatakan hadis itu munkar (daif berat atau tersangat daif), tiba-tiba al-Baihaqi menilainya daif sahaja maka bersoraklah sebahagian pembela hadis tersebut dengan mengatakan: Tidak mengapa, al-Baihaqi kata ia daif sahaja. Maka, mereka seolah mengambil mudah kononnya al-Baihaqi menilainya sebagai daif ringan. Saya ingin tegaskan bahawa apabila terdapat percanggahan penilaian begini sebenarnya ia hanya percanggahan zahir sahaja. Ini kerana hadis daif mempunyai beberapa bahagian iaitu palsu, daif berat dan daif ringan. Maka apabila penilaian al-Baihaqi daif semata maka perlu ditafsirkan...

Read More