Category: Hadis

Status Hadis Doa Berbuka – Bahagian 4 (Terakhir)

[Status Hadis Doa Berbuka] Bahagian 4 (Terakhir) Penulis ARG menyatakan bahawa hadis Muaz bin Zuhrah mempunyai riwayat lain iaitu dari jalur Ibn Abbas dan Anas. Kemudian penulis menyatakan bahawa Mulla Ali al-Qari berpandangan hadis Muaz dikuatkan oleh 2 riwayat ini. Saya katakan: 1. Telah saya jelaskan tadi bahawa riwayat Muaz bin Zuhrah daif ringan kerana sanadnya terputus (mursal) dan Muaz itu sendiri adalah perawi majhul (tidak dikenali). Untuk menaiktaraf hadis ini kita perlu mencari riwayat yang lebih kuat darinya atau yang setaraf dengannya. Ibn Hajar al-Asqalani mengisyaratkan bahawa hanya riwayat daif ringan sahaja yang boleh dinaiktaraf jika ada jalur...

Read More

Status Hadis Doa Berbuka – Bahagian 3

[Status Hadis Doa Berbuka Puasa Riwayat Muaz bin Zuhrah] Bahagian 3 1. Penulis ARG kemudiannya menggunakan kalam al-Munawi untuk hadis Muaz ini. Berikut adalah kalam al-Munawi: ويمكن كون الحديث موصول ولو كان معاذ تابعيا لاحتمال كون الذي بلغه له صحابيا وبهذا الاعتبار أورده أبو داود في السنن وبالاعتبار الآخر أورده في المراسيل Maksudnya: boleh jadi hadis ini bersambung sanadnya jika Muaz adalah tabien kerana kemungkinan orang yang menyampaikan hadis ini kepadanya sahabat. Maka dengan anggapan ini Abu Daud meriwayatkannya dalam sunan dan dengan anggapan lain (jika penyampai bukan sahabat sebaliknya tabien lain) maka dia bawakan hadis ini dalam kitab...

Read More

Status Hadis Doa Berbuka – Bahagian 2

[Status Hadis Doa Berbuka Riwayat Muaz bin Zuhrah] Bahagian 2 Setelah saya menulis bahawa Muaz adalah perawi yang majhul (tidak dikenali) di sisi ulama maka ada juga yang bertanya: Bagaimana pula Muaz boleh jadi majhul sedangkan namanya dikenali oleh ulama? Soalan seperti ini telah saya jangkakan. Perlu diketahui bahawa perawi majhul bukannya perawi yang namanya tidak diketahui. Ini kerana jika namanya tidak diketahui kita namakan dia dengan istilah mubham. Manakala majhul ialah perawi yang namanya diketahui cuma kita tidak tahu taraf kekuatan hafalan dan penjagaannya terhadap hadis. Lihat komentar Abu Hatim al-Razi ketika ditanya oleh anaknya tentang hadiss perawi...

Read More

Status Hadis Doa Berbuka – Bahagian 1

[Status Hadis Doa Berbuka Puasa Riwayat Muaz bin Zuhrah]Bahagian 1 Saya membaca tulisan ARG berkaitan status hadis Muaz bin Zuhrah. Saya dapati argumen beliau terfokus kepada 3 isu utama: 1. Muaz bin Zahrah perawi yang tsiqah kerana Ibn Hibban masukannya dalam kitab al-Tsiqat dan Ibn Hajar mengatakan beliau maqbul (diterima) dalam Taqrib al-Tahzib. Maka hadis ini hasan jika Muaz mengambilnya dari sahabat nabi. 2. Riwayat Ibn Abbas dan Anas menjadi penguat bagi hadis Muaz. 3. Hadis ini jika daif sekalipun ia boleh diamalkan dalam fadhail amal. Saya jawab: 1. Saya tidak ada masalah dengan poin ketiga penulis kerana dari...

Read More

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 0
  • Today Visitor: 14
  • Total Visitor: 86,875