Author: Dr. Rozaimi Ramle

Katakan tidak kepada Muharrifun!

Literalis VS Muharrifun Akhir-akhir ini sering kali kedengaran tafsiran-tafsiran literal golongan agamawan. Tidak dinafikan tafsiran literal akan memandulkan sifat fleksibiliti agama ini. Ini kerana nas terhad manakala kehidupan manusia terus berjalan dan isu-isu baru yang memerlukan hukum pula akan muncul. Maka Maqasid Syariah merupakan salah satu dalil untuk memberikan hukum terhadap isu-isu baru. Mustahil bagi agama yang diturunkan oleh Allah kepada manusia dan jin ini tidak mempunyai objektif pensyariatan (المقاصد). Mereka yang memahami nas tanpa memerhatikan atau memahami objektif di sebaliknya sama seperti seseorang yang menerima arahan dari tuannya supaya jangan memberi salam kepada si fulan, kemudian apabila berjumpa dengan si fulan beliau terus mencium tangannya dengan alasan yang dilarang oleh tuannya hanyalah memberi salam. (Rujuk Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, jld. 3, hlm. 141) Wujud pula golongan Muharrifun Belum lagi habis isu literalis, kedengaran pula golongan baru yang boleh dipanggil Muharrifun. Mereka memesongkan makna kalam seteru akademik mereka. Walaupun tidak dapat dipastikan bila golongan ini muncul, tapi ia tetap ada. Gelanggang ilmiah di Malaysia yang sepatutnya menjadi medan penghujahan dan pendalilan yang sihat untuk mencari pandangan yang tepat apabila berlaku perbezaan mazhab fiqh menjadi tidak harmoni lagi apabila terpalit dengan tafsiran golongan Muharrifun yang memesongkan pandangan-pandangan seteru akademik mereka dengan tafsiran yang tidak pernah dimaksudkan oleh pengucapnya. Sesungguhnya bahaya perbuatan memesongkan ucapan orang sehingga dengan tafsiran yang dia sendiri tidak maksudkan amat bahaya. Nabi saw pernah menyebut: ” يحمل هذا...

Read More

Benarkah tiada jihad jika bilangan tentera Kafir melebihi 2 kali ganda daripada bilangan tentera Muslimin?

Heboh diperkatakan baru-baru ini bahawa ada seorang ustaz mengeluarkan fatwa bahawa tiada jihad apabila bilangan tentera musuh (kuffar) melebihi dua kali ganda bilangan tentera Muslim atau dengan kata lain bilangan musuh melebihi bilangan tentera Muslim dengan nisbah 2:1. Saya mengulas pandangan ustaz terbabit seperti berikut: 1. Ayat yang mungkin dijadikan asas oleh ustaz berkenaan untuk menyokong pandangannya ialah firman Allah dalam surah al-Anfal (65-66): يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُواْ مِئَتَيْنِ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّئَةٌ يَغْلِبُواْ أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَّ يَفْقَهُونَ(65) الآنَ خَفَّفَ اللّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّئَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُواْ مِئَتَيْنِ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُواْ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللّهِ وَاللّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ(66) Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang...

Read More

Hakikat hadis berniaga adalah 9/10 dari sumber rezeki

Ada yang bertanya kepada saya tentang status hadis yang masyhur dalam kalangan Muslimin: Berniaga itu adalah 9/10 dari rezeki. Saya akan huraikan jawapan untuk pertanyaan tersebut seperti berikut: 1. Hadis tersebut datang dengan lafaz: حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing. – Lafaz ini diriwayatkan oleh Musaddad dalam musnadnya (Lihat: Ibn Hajar, al-Matalib al-‘aliah, jld. 7, hal. 352) – Abu Ubaid juga menyebut hadis ini dalam kitabnya Gharib al-hadith (jld. 1, hal. 299) Komentar terhadap hadis: – Al-Busiri menyatakan bahawa sanad hadis ini lemah disebabkan Nuaim itu tidak dikenali. (Rujuk: Ithaf al-Khiarah, jld. 3, hal. 77) – Abu Hatim al-Razi menyatakan bahawa beliau meriwayatkan hadis dari Nabi secara mursal (terputus sanad), ini bermakna beliau adalah tabi’in dan bukannya sahabat. Ini bermakna sanadnya terputus. (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta’dil, jld. 8, hal. 461) – Dakwaan Ibn Mandah bahawa beliau adalah sahabat tidak benar kerana al-Bukhari (rujuk: al-Tarikh al-Kabir, jld. 8, hal. 97) Ibn Hibban (rujuk: al-Thiqat, jld. 5, hal. 477) dan Abi Hatim al-Razi  (Rujuk:...

Read More

Benarkah penghafal al-Quran boleh beri syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya?

Benarkah penghafal al-Quran boleh beri syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya? Saya sering kali ditanya tentang soalan ini, untuk merungkai persoalan di atas, beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian: – Hadis tentang penghafal al-Quran boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya diriwayatkan dengan jalan berikut: 1. Riwayat Ali bin Abi Talib: حفص بن سليمان (2) عن كثير بن زاذان (1) عن عاصم بن ضمرة عن علي بن أبي طالب قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وعلى آله وسلّم: ((من قرأ القرآن واستظهره فأحلّ حلاله وحرّم حرامه، أدخله الله به الجنّة، وشفّعه في عشرة من أهل بيته كلّهم وجبت له النّار)). Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Qur’an kemudian mampu mengeluarkannya (menghafalnya), menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al-Quran, mengharamkan semua yang al-Quran haramkan, (nescaya) Allah memasukkannya dalam syurga dan memberi syafaat kepada 10 orang dari ahli keluarganya. Komentar terhadap hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam sunan (4/345), Imam Ahmad dalam Musnad (1/148-149), al-Ajurri dalam Kitab al-Syariah (350), Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan (1/255), dan al-Khatib dalam kitab Muwadhih al-Jama’ wa al-Tafriq (2/331). – Kecacatan hadis: i. Kathir bin Zazan (1): – Beliau merupakan perawi yang tidak dikenali sepertimana yang disebut oleh Abu Hatim, Abu Zur’ah dan Ibn Ma’in . (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I’tidal, jld. 3, hal. 403) – al-Zahabi menyatakan beliau meriwayatkan hadis munkar (terlalu lemah) dari Asim bin Dhamrah. (Lihat: al-Zahabi, Mizan al-I’tidal, jld. 3, hal. 403)...

Read More

Dakwah itu tanggungjawab semua

Apabila pendakwah mengimpikan populariti… Dakwah itu tanggungjawab semua Satu perkara penting yang perlu disematkan dalam jiwa pendakwah ialah dakwah bukan semata-mata medan mencari populariti apatah lagi mencari kemewahan dunia. Dakwah ialah amanah dan tanggungjawab yang Allah letakkan atas bahu semua muslimin. Setiap muslim perlu untuk memikirkan bagaimana untuk berfungsi sebagai agen dakwah di bidang masing-masing. Pernah satu ketika saya dijemput untuk memberikan kuliah dhuha di satu masjid terkenal di Ipoh. Selepas kuliah beberapa hadirin mengajak saya menjamah sedikit kuih-muih yang disediakan oleh AJK masjid berkenaan. Sewaktu rancak bersembang, saya bertanya kepada pengerusi masjid: “Ustaz Fulan takde lagi berkuliah di sini tuan haji?”. Jawab beliau dengan dahi yang berkerut: “Susahlah ustaz nak panggil dia”. “Kenapa pula?” tanya saya ingin tahu sebabnya. Dia menjawab: “Bukan apa ustaz, kami AJK masjid ni jadi serba salah sebab bila panggil dia berkuliah, tiba-tiba bila tak ramai yang datang mulalah dia bising sindir-sindir AJK tak pandai buat promosi. Sedangkan kami dah keluarkan iklan, cuma dah orang tak nak datang, kami nak buat macam mana ustaz? Lepas tu kalo kamitak panggil lagi dia berkuliah dia bising juga. Pening kami“. Saya hanya mampu menggelengkan kepala mendengar rungutan pengerusi masjid berkenaan. Dakwah tidak melihat kuantiti Wahai pendakwah ketahuilah bahawa dakwah ini tidak perlu menunggu bilangan yang ramai. Kuliah agama sebenarnya tidak perlukan hadirin memenuhi dewan. Amat dukacita apabila ada penceramah yang membatalkan ceramah hanya semata-mata bilangan hadirin yang...

Read More

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 0
  • Today Visitor: 71
  • Total Visitor: 116,214