Author: Dr. Rozaimi Ramle

Status hadis berkaitan doa makan yang masyhur

Seperti yang dimaklumi bahawa masyarakat melayu membaca doa sebelum makan dengan lafaz berikut: اللّهُمّ بارِك لنا فِيما رزقتنا ، وقِنا عذاب النّار Maksudnya: Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan pada kami dan jauhilah kami dari azab neraka. Maka di kesempatan ini saya ingin menyatakan pandangan status riwayat doa makan yang masyhur ini. 1. Takhrij hadis: – Riwayat Abdullah bin ‘Amr: Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Du’a (hlm. 278), Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil (jld. 6, hlm. 206) Ibn Sunni  dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (hlm. 406) kesemua mereka dari jalur Muhammad Ibn Abi al-Zu’aizi’ah dari ‘Amr bin Syuaib dari ayahnya dari Abdullah bin ‘Amr dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dengan lafaz: أنه كان يقول في الطعام إذا قرب إليه قال اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار بسم الله وإذا فرغ قال الحمد لله الذي من علينا فهدانا والحمد لله الذي أطعمنا وسقانما فأروانا وكل الإحسان آتانا Maksudnya: Sesungguhnya Nabi berkata pada makanan apabila didekatkan (dihidangkan) padanya: Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan pada kami dan jauhilah kami dari azab neraka. Bismillah. Apabila selesai makan baginda menyebut: Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada kami dan memberikan hidayah, dan segala puji bagi Allah yang memberi kami makanan, memberi kami minum dan mengilangkan dahaga kami dan (segala puji bagiNya) bagi setiap kebaikan yang Dia berikan kepada kami. Komentar ulama hadis terhadap riwayat dan perawi hadis ini: i....

Read More

Haram Makan dan Minum Menggunakan Bekas Emas dan Perak

“Benda pertama yang akan saya lakukan adalah minum dalam bekas minuman paling mahal di Malaysia,” itulah reaksi seorang pemenang Peraduan Nescafe Gold Mug anjuran Nestle Products Sdn Bhd, yang menerima hadiah eksklusif kole emas bernilai RM100,000 sebagaimana dilapor dalam surat khabar metro. Kami agak tersentak dengan kenyataan yang dibuat oleh puan ini. Walaupun agama meminta agar hambanya bersyukur jika dikurniakan nikmat tetapi cara bersyukur juga mestilah bertepatan dengan ajaran agama. Ringkasnya, minum dalam kole emas itu bukanlah suatu yang dibenarkan Syarak. Sebenarnya, isu menggunakan emas sebagai bekas, hiasan dan sebagainya sudah lama berlaku. Kita pernah didedahkan dengan seunit tandas bertatahkan emas yang dijual di Hong Kong dengan  harga USD 4.8 juta, tab mandi diperbuat daripada emas, bilik mandi daripada emas dan lain-lain. Jika kita merujuk ajaran Islam, ia mengajar penganutnya bersederhana dalam kehidupan walaupun ketika bersyukur. Ia juga mengajar penganutnya bahawa dunia ini hanyalah sementara dan tempat mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat.  Dalam konteks perhiasan dan alatan yang digunakan sehari-hari, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar dipatuhi penganutnya. Panduan ini termuat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. antaranya. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, al-dibaj (sutera bercorak), jangan kamu minum menggunakan bekas emas dan perak dan jangan pula kamu makan di dalam mangkuk yang diperbuat daripada keduanya kerana ia adalah untuk mereka (orang kafir) di dunia manakala ia adalah untuk kamu di akhirat”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)....

Read More

Ujian Itu Menguatkan Jiwa dan Meninggikan Darjat

 Peluang Menjadi Tetamu Allah Baru-baru ini Allah rezekikan saya dan keluarga untuk menjadi tetamunya di Haramain. Perasaan rindu tidak terkira kepada Baitullah dan Masjid Nabawi saya terubat apabila dapat menjejakkan kaki ke sana. Segala urusan visa dan tiket berjalan dengan mudah. Alhamdulillah. Ziarah Di Madinah Kami sekeluarga berkesempatan berada di Madinah selama 3 hari. Selama berada di Madinah kami banyak dibantu oleh sahabat yang bernama Farkhan yang menjadi pelajar di sana. Banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati di sana termasuk bukit Uhud, Masjid Quba’ dan Masjid Qiblatain. Ketika berjalan di Madinah saya terfikir alangkah beruntungnya orang-orang Madinah kerana menyambut...

Read More

Benarkah Kemiskinan Itu Mulia?

Suatu hari saya berkesempatan pergi ke Gerik, Perak untuk memenuhi jemputan Pejabat Agama bersempena program Zakat. Saya ketika itu merupakan Pegawai Baitulmal di salah sebuah daerah di Perak. Ketika program tersebut, saya berkesempatan untuk mendengar satu ceramah dari seorang tuan guru tentang kelebihan kemiskinan berbanding orang kaya. Maka bermacam-macam hadis yang dibaca untuk menggalakkan orang menjadi miskin. Saya agak kurang setuju dengan cara penyampaian tersebut kerana ia seolah-olah ingin menggalakkan orang miskin penerima bantuan zakat terus miskin kerana ia lebih afdal berbanding orang kaya. Hadis Memuji Orang Kaya   Bukanlah martabat saya untuk mengatakan tok guru terbabit salah 100%. Tetapi cara penyampaian yang sebegitu pada saya agak kurang tepat. Sepatutnya ceramah yang diberi bukan hanya membaca hadis-hadis kelebihan kemiskinan tetapi juga perlu diberi motivasi kepada mereka supaya keluarkan diri dan keluarga mereka daripada kemiskinan yang membelenggu diri mereka. Jangan dilupa bahawa terdapat juga banyak hadis yang memuji orang kaya. Bukankah Uthman ibn Affan dan Abdul Rahman ibn Auf merupakan orang yang kaya di Mekah dan Madinah? Kedua mereka adalah 10 orang yang dijanjikan syurga. Nabi saw juga memuji Amru bin al-As dgn katanya: يا عمرو نعم المال الصالح للمرء الصالح Maksudnya: Wahai Amru, alangkah baiknya harta yang baik (apabila diberikan) kepada orang yang salih. (Musnad Ahmad, jld. 4, hlm. 197, dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnaut). Ulasan Terhadap Nas Perlu Tepat  Pada saya, pembacaan hadis tentang pujian terhadap kemiskinan perlukan...

Read More

Benarkah Nabi saw dilahirkan sudah berkhitan?

Dalam tempoh orang sibuk merayakan hari kelahiran Nabi saw, elok rasanya ana cerita sedikit pandangan ulama terhadap isu khitan Nabi saw. Secara umumnya ulama mempunyai 3 pendapat berhubung isu ini dan ana akan tarjihkan pendapat yang paling kuat. Perlu diingatkan di sini apabila kita menolak sesuatu pandangan ulama bukan bermakna kita tidak zuhud tetapi kita hanya mahu mengamalkan yang terbaik. Ana ringkaskan pandangan tersebut seperti berikut: 1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa Nabi saw dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan sudah terputus tali pusatnya. Dalil yang menjadi sandaran mereka ialah: – “.عن أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: “من كرامتي اني ولدت مختونا ولم ير احد سوأتي Maksudnya: Antara kemuliaanku ialah aku dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan tiada siapa pun melihat kemaluanku. – Komentar terhadap hadis: Hadis ini terlalu lemah (daif jiddan) kerana terdapat perawi hadis yg bernama Sufyan bin Muhammad al-Massisi. Berikut komentar jaguh-jaguh hadis terhadap kedudukan beliau dalam periwayatan hadis: i. Kata Ibn Hibban: Tidak halal berhujah dengan hadis riwayatnya. (Rujuk: Kitab al-Majruhin, jld. 1, hlm. 395, al-Ilal al-Mutanahiah, jld. 1, hlm. 171) ii. Kata Ibn Adiyy: Dia seorang pencuri hadis, melakukan taswiah (menggugurkan perawi lemah) dalam sanad hadis dan sebahagian hadis riwayatnya palsu. (Rujuk: al-Kamil fi al-Dhu’afa’, jld. 3, hlm. 419) – عبد الله بن عباس عن أبيه العباس بن عبد المطلب قال ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم مختوناً مسروراً Maksudnya:...

Read More

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 1
  • Today Visitor: 77
  • Total Visitor: 116,220