Author: Dr. Rozaimi Ramle

Adakah itu pendakwah sebenar?

Islam Agama Ilmiah Tidak dinafikan bahawa sesiapa sahaja yang telah mencium haruman sunnah akan membela dan mempertahankannya. Apatah lagi jika yang dihina itu adalah Nabi yang menjadi rujukan sunnah maka sudah tentu kita akan melenting kepada sesiapa sahaja yang menghinanya. Namun perlu diingat, Islam ini agama yang bersifat ilmiah bukan emosi. Di dalam al-Qur’an terlalu banyak ayat yang menyuruh manusia berfikir dan menaakul. Bahkan Islam menggalakkan penganutnya berdialog dan berjidal untuk sampai kepada kebenaran. Islam menegur orang kafir Jahiliyyah yang tidak mahu menggunakan akal mereka untuk memilih agama. Firman Allah yang bermaksud: “Apabila dikatakan kepada mereka (orang kafir) marilah (ikuti) apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: “Bahkan (biarkanlah) kami mengikuti apa yang kami dapati nenek moyang kami lakukan”, walaupun nenek moyang mereka itu tidaklah berakal dan tidak juga mendapat petunjuk”. (al-Baqarah: 107) Mendabik Dada Apa yang mendukacitakan, masih terdapat lagi beberapa golongan yang mendabik dada menganggap diri mereka “pendakwah Islam yang sebenar” tidak bersikap ilmiah dalam menghukum dan berdakwah. Hukuman dan pandangan yang dilontarkan kadang-kadang tidak berdasarkan bukti yang benar. Sedangkan Allah mengingatkan: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6) Taksub dan Bengis Pendakwah seperti ini sebenarnya...

Read More

Mengambil Berkat Di Telaga Mahsuri?

Syarat Amal Soleh Seringkali kita mendengar para ustaz dan ustazah berceramah di stesen televisyen atau kuliah di masjid-masjid menceritakan tentang kepentingan amal soleh. Berbagai-bagai cerita yang dibawa kepada kita untuk menunjukkan betapa pentingnya peranan amal soleh dalam kehidupan kita. Mungkin ada yang tahu tentang amal soleh ini, mungkin juga ada tidak tahu, bahkan ada juga yang tidak mahu ambil tahu. Sedangkan amalan ini merupakan suatu perkara yang dianjurkan oleh Pencipta segala makhluk sepertimana yang diceritakan di dalam al-Qur’an (maksudnya): “Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi selama enam hari, dan (sebelum menciptakan langit dan bumi itu) Arasynya berada di...

Read More

Adakah menjamah sedikit garam sebelum makan itu sunnah?

Tersebar di beberapa blog dan juga di Facebook tentang kelebihan menjamah sedikit garam sebelum makan dan disandarkan perbuatan ini kepada Nabi s.a.w. Bahkan ada juga menganjurkan kaifiat tertentu ketika menjamah garam tersebut. Ada yang menyatakan perlu meletakkan garam tersebut di lelangit menggunakan jari tertentu. Justeru, soalan yang timbul, benarkah Nabi s.a.w melakukan perkara ini? Persoalan ini ana jawab seperti berikut: Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan perkara ini. Hadis marfu’ (riwayat yang diangkat kepada Nabi) –      حديث علي أن النبي قال له: «يا علي، عليك بالملح، فإنه شفاء من سبعين داء أقلها الجذام والبرص والجنون» Maksdunya: “Wahai Ali, ke atasmu (makan) garam, sesungguhnya ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit. Penyakit yang paling ringan (yang akan diubatinya) ialah kusta, sopak dan gila”. Komentar terhadap periwayatan hadis: –   Hadis ini palsu. Ia adalah riwayat Abdullah bin Ahmad bin Amir dari ayahnya. Mereka berdua terkenal meriwayatkan hadis batil dari Ahlul Bait. (Lihat: Ibn al-Jawzi, al-Maudhu’at, jld. 1, hlm. 289, al-Zahabi, Talkhis al-Mudhu’at, hlm. 240, al-Syawkani, al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 161). قال ابن الجوزي: ولا يصح، فيه أحمد بن عامر، وعنه ابنه عبد الله، وآفته أحدهما فإنهما يرويان عن أهل البيت نسخة كلها باطلة. قال الذهبي: فيه عبد الله بن أحمد بن عامر كذاب وضعه في تيك النسخة على أهل البيت. قال الشوكاني: هو موضوع وروى البيهقي نحوه من قول علي. –      حديث سعد بن معاذ أن النبي r قال: «استفتحوا طعامكم بالملح، فوالذي نفسي...

Read More

Facebook Dr. Rozaimi

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: Error validating application. Application has been deleted.
Type: OAuthException
Code: 190
Please refer to our Error Message Reference.

Komen Terkini

Kuliah Fiqh Manhaji

Kuliah Fiqh al-Manhaji Al Mazhab Al-Imam Al-Syafie
• Penyampai: Dr Rozaimi Ramle
• Masa: 7.45 Mlm
• Hari: Setiap Selasa
• Tempat : Wisma MRM, Wangsa Maju
• Penganjur: Multiracial Reverted Muslim
Mountain View

Pelawat

  • User Online: 0
  • Today Visitor: 14
  • Total Visitor: 86,875