[Status Hadis Doa Berbuka Puasa Riwayat Muaz bin Zuhrah] Bahagian 3

1. Penulis ARG kemudiannya menggunakan kalam al-Munawi untuk hadis Muaz ini. Berikut adalah kalam al-Munawi:

ويمكن كون الحديث موصول ولو كان معاذ تابعيا لاحتمال كون الذي بلغه له صحابيا وبهذا الاعتبار أورده أبو داود في السنن وبالاعتبار الآخر أورده في المراسيل

Maksudnya: boleh jadi hadis ini bersambung sanadnya jika Muaz adalah tabien kerana kemungkinan orang yang menyampaikan hadis ini kepadanya sahabat. Maka dengan anggapan ini Abu Daud meriwayatkannya dalam sunan dan dengan anggapan lain (jika penyampai bukan sahabat sebaliknya tabien lain) maka dia bawakan hadis ini dalam kitab al-Marasil.

2. Saya tidak pasti apa tujuan penulis ARG dengan kalam al-Munawi ini. Jika mereka maksudkan bahawa al-Munawi mahu menilainya sahih ia pastinya tersasar. Ini kerana al-Munawi hanya membangkitkan kebarangkalian semata. Dan keabrangkalian dalam ilmu hadis tidak menunjukkan ia berlaku sehingga tidak ada bukti dan petunjuk. Bukankah perawi daif ringan juga mempunyai kebarangkalian mengingati hadis riwayatnya? Tetapi apabila kebarangkalian itu 50-50 maka ia dinilai daif kecuali jika petunjuk lain yang menunjukkan dia mengingatinya dengan baik.

3. Apa yang zahir ialah al-Munawi cuba mencari alasan mengapa Abu Daud meriwayatkan hadis ini sebanyak dua kali. Sekali di dalam sunan dan sekali lagidi dalam al-Marasil. Dan beliau tidak menyatakan ia sahih mahupun hasan.

4. Jika diteliti dari kalam ulama hadis silam sememangnya Muaz ini tabien yang meriwayatkan hadis terus kepada Nabi tanpa menyatakan perantaraan antara dia dengan Nabi.

Kata Imam al-Bukhari:

معاذ أبو زهرة: قال حصين مرسل، قاله يحيى بن معين.

Maksudnya: Muaz Abu Zuhrah, kata husain (hadisnya) mursal (terputus sanad) demikian kata Yahya bin Maein.

Kata Ibn abi Hatim:

معاذ بن زهرة روى عن النبي صلى الله عليه وسلم مرسلا

Maksudnya: Muaz Abu Zuhrah meriwayatkan dari Nabi saw secara mursal (terputus sanad).

Kata al-Mizzi:

روى عن النبي صلى الله عليه وسلم مرسلاً في القول عند الإفطار

Maksudnya: (Muaz) meriwayatkan dari Nabi saw secara mursal (tanpa nyatakan perantara/sanad terputus) dalam bab kata-kata (doa) sebelum berbuka.

Maka ia jelas menunjukkan sanadnya terputus. Maka dua kedaifan yang berlaku dalam sanad ini:

i. Muaz adalah perawi yang tidak dikenali.
ii. Sanad yang terputus antara Muaz dengan Nabi kerana Muaz bukanlah sahabat.

Untuk menilai sanad ini sahih atau hasan kita perlu mencari penyokong bagi Muaz dari jalur lain dan juga mencari siapakah yang menjadi perantara antara Muaz dan Nabi.

Bersambung….

Dr Rozaimi Ramle

3,215 total views, 6 views today

Komentar