Saya membaca ulasan seorang ustaz yang mendakwa dirinya berada di bidang hadis tentang kisah pokok ini. Perkataannya membayangkan seolah-olah saya menyatakan kisah itu palsu. Saya jawab seperti berikut:

1. Kritikan kisah itu disebut oleh al-Zahabi dalam kitab Tarikh al-Islam. Siapa yang belajar hadis akan tahu ketokohan al-Zahabi dalam bidang hadis.

2. Adapun dakwaan kisah itu masyhur tidak kukuh untuk menyatakan ia sahih. Ini kerana yang masyhur tidak semestinya sahih.

3. Jika saya cenderung dengan pandangan az-Zahabi yang menolak kesahihan cerita ini tidak bermakna saya menghukumnya sebagai palsu. Saya cuma kata ia tidak sahih kerana mempunyai kecacatan. Statusnya ialah ma’lul (cacat) bukannya palsu. Seeloknya kita hadam dulu makna istilah ilmu hadis sebelum berbincang lebih mendalam.

4. Ustaz tersebut sendiri akui tiada kata muktamad dalam isu ini. Jika tiada yang muktamad (qatie) maka sesiapa sahaja berhak untuk memilih berdasarkan bukti dan petunjuk terkuat. Kenapa pula dia boleh pilih oendaoat yang kata sahih sedangkan saya dituduh memeningkan masyarakat kerana memilih pandangan al-Zahabi? Saya tidak mencari kemasyhuran dengan pandangan ini. Bahkan saya ditanya dalam kuliah maka saya jawab berdasarkan kajian saya.

5. Isu ini bukan isu wahabi sebaliknya isu ilmiah. Berhentilah mewahabikan orang sana sini kalau nama al-Zahabi dan wahabi pun tak reti nak beza.

Wallahua’lam.
Dr Muhamad Rozaimi Ramle
(Phd Hadith, Jordan)
14 Mac 2016

Jemput tonton penjelasan Dr.Rozaimi Ramle berkaitan dengan kisah pokok yang didakwa sebagai ‘Sahabat Nabi Yang Masih Hidup’

Kesahihan kisah Nabi semasa kecil berjumpa dengan paderi Bahira di Syam dengan Abu Talib.. Juga kisah pokok yang digelar dengan 'Sahabat yang masih Hidup' memayungi Nabi.. Benarkah pokok itu masih wujud.. Secara tidak sedar ramai dari kita masih dibuai dengan kisah ini.. Maka dengan menonton video ini, segalanya akan terungkai.. – Penjelasan yang padat oleh Ustaz Dr.Muhamad Rozaimi Ramle..Viralkan video ini agar semua dapat manfaat !

Posted by Hikam Abu Bakar on Saturday, May 9, 2015

Klik SINI

11,413 total views, 3 views today

Komentar