Tersebar dalam Facebook video yang memberikan tafsiran baru terhadap lafaz Ya’juj dan Ma’juj. Klik di sini untuk menonton video tersebut.

Saya katakan niatnya bagus kerana ingin mengkaji. Tapi metodnya salah kerana hanya merujuk kepada ayat al-Quran tanpa sedikit pun memetik hadis-hadis sahih berkaitan dengan bab ini sehingga mentafsirkan Ya’juj dan Ma’juj sebagai larva gunung berapi. Saya tegaskan bahawa Ya’juj dan Ma’juj adalah MANUSIA. Berikut adalah keterangannya dari hadis:

1. Hadis sahih Muslim:

ويبعث الله يأجوج ومأجوج وهم من كل حدب ينسلون، فيمر أوائلهم على بحيرة طبرية فيشربون ما فيها، ويمر آخرهم فيقولون: لقد كان بهذه مرة ماء، ويحصر بنبي الله عيسى وأصحابه، حتى يكون رأس الثور لأحدهم خيرا من مائة دينار لأحدكم اليوم، فيرغب نبي الله عيسى وأصحابه، فيرسل الله عليهم النغف في رقابهم، فيصبحون فرسى، كموت نفسٍ واحدة

Maksudnya: menghantar ya’juj dan ma’juj dan mereka akan turun dari bukit secara laju. Mereka akan melalui Tasik Tabari dan akan MEMINUM apa yang ada di dalamnya (sampai kering) sehinggakan yang terakhir dari kalangan mereka berkata: tadi ada air di tasik ini. Nabi isa dan pengikutnya akan dikepung sehinggakan kepala kerbau bagi mereka ketika itu lebih bernilai dari seratus dinar bagi kamu hari ini (kerana kelaparan). Nabi Isa dan pengikut bermunajat sehingga Allah menghantar al-naghaf (ulat) di tengkuk mereka dan mereka semua mati serentak seperti matinya satu nyawa (dalam satu jasad).

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa ya’juj dan ma’juj adalah manusia kerana boleh minum, bercakap dan mempunyai tengkuk!

2. Hadis sahih al-Bukhari:

أبشروا فإن من يأجوج ومأجوج ألفا ومنكم رجلا

Maksudnya: (Nabi menyatakan nisbah golongan yang diazab dalam neraka) Bergembiralah, kerana nisbah yang diazab dalam neraka itu ialah dari Ya’juj dan Ma’juj sebanyak seribu sementara dari kalangan kamu (muslimin) seorang (1:1000).

Adakah larva gunung berapi mukallaf sehingga diazab dalam api neraka?

Jadi, tafsiran pembuat video ini ternyata tersasar dari pemahaman sebenar terhadap Ya’juj dan Ma’juj. wallahua’lam.

3,801 total views, 4 views today

Komentar