Tuduhan Abu Syafiq Terhadap al-Albani

Dec 28, 2013 | Ilmu, Manhaj | 0 comments

Abu Syafiq mengutuk tindakan al-Albani yang menyatakan keharusan berlakunya zina terhadap isteri-isteri Nabi sallallah alaih wasallam?

Saya nukilkan apa kata al-Albani dalam kitabnya al-Silsilah al-Sahihah (6/27) berkaitan peristiwa al-Ifk (الإفك):

ولكنه سبحانه صان السيدة عائشة رضي الله عنها
وسائر أمهات المؤمنين من ذلك كما عرف ذلك من تاريخ حياتهن، ونزول التبرئة
بخصوص السيدة عائشة رضي الله عنها، وإن كان وقوع ذلك ممكنا من الناحية
النظرية لعدم وجود نص باستحالة ذلك منهن، ولهذا كان موقف النبي صلى الله عليه
وسلم في القصة موقف المتريث المترقب نزول الوحي القاطع للشك في ذلك الذي ينبئ
عنه قوله صلى الله عليه وسلم في حديث الترجمة: ” إنما أنت من بنات آدم، فإن
كنت بريئة فسيبرئك الله، وإن كنت ألممت بذنب فاستغفري الله.. “، ولذلك قال
الحافظ في صدد بيان ما في الحديث من الفوائد: ” وفيه أن النبي صلى الله عليه
وسلم كان لا يحكم لنفسه إلا بعد نزول الوحي. نبه عليه الشيخ أبو محمد بن أبي
جمرة نفع الله به “. يعني أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يقطع ببراءة عائشة
رضي الله عنها إلا بعد نزول الوحي.

Maksudnya: Tetapi Allah subhanah wataala memelihara Aisyah r.a dan seluruh ummul mukminin daripada (zina) itu seperti mana yang diketahui daripada sejarah hidup mereka (yang suci) dan penurunan (ayat) membersihkan Aisyah (dari tuduhan itu) walaupun perlakuan zina itu dari sudut teori akal tidak mustahil untuk berlaku kerana tiada nas (pada waktu itu) yang menyatakan ia mustahil. Oleh itu pendirian Nabi sallallah alaih wasallam pada kisah itu berlaku adalah seperti pendirian orang yang berhati-hati dan menunggu-nunggu turunnya wahyu yang menghilangkan wasangka terhadap perlakuan itu sepertimana yang dikhabarkan melalui kata-katanya dalam hadis bab ini: “Sesungunhnya engkau adalah perempuan anak Adam, jika engkau tidak bersalah maka Allah akan membersihkan namamu. Jika engkau berdosa maka beristighfarlah kepada Allah”. Oleh itu, kata al-Hafiz (Ibn Hajar) ketika membicarakan faedah hadis ini: Pada hadis ini (terdapat faedah) bahawa Nabi sallallah alaih wasallam tidak memutuskan sesuatu untuk dirinya sehinggalah selepas turunnya wahyu (membersihkan nama Aisyah dari perbuatan zina). Syeikh Abu Muhammad Ibn Abi Jamrah menekankan bahawa sesungguhnya Nabi sallallah alaih wasallam tidak yakin dengan bersihnya Aisyah sehinggalah turunnya wahyu (membersihkannya).

Saya simpulkan di sini:

1. al-Albani sekali-kali tidak menghina Aisyah bahkan beliau membincangkan mengapa Nabi sallallah alaih wasallam tidak membuat keputusan terhadap tuduhan itu sebelum turunnya wahyu membersihkan nama Aisyah.
2. Yang dikatakan tidak mustahil itu ialah sebelum turunnya wahyu.
3. Apabila turunnya wahyu, maka secara yakin Aisyah bebas dari tuduhan zina itu. Bahkan al-Albani sendiri mengakuinya di awal perenggan yang saya nukilkan tadi.
4. Jika al-Albani wahabi dengan pandangan ini bagaimana pula Ibn Hajar dan Ibn Abi Jamrah? Adakah mereka juga menghina Aisyah?

* Saya mula meragui kebolehan bahasa Arab individu yang mengaku ustaz ini. Seelok persiapkan hujah di hadapan Allah nanti.

Abu Muaz Muhamad Rozaimi
28 Disember 2013
12.15 tengahari
Sweileh, Jordan

2,773 total views, 3 views today

Komentar