Adakah kisah Imam Syafie mengambil berkat daripada kubur Abu Hanifah benar?

Jul 19, 2013 | Aqidah, Ilmu | 0 comments

Soalan: Adakah kisah Imam Syafie mengambil berkat daripada kubur Abu Hanifah benar? Berikut adalah dakwaannya:

Al ‘Allamah As Syaikh Khothib Al Baghdadi menuturkan kisah dengan sanad para perowi yang tsiqqoh (terpercaya) :
عَنْ عَلِي بِنْ مَيْمُوْن قَالَ سَمِعْتُ الشَّافِعِيَّ يَقُوْلُ اِنِّي لَأَتَبَرَّكُ بِأَبِي حَنِيْفَةَ وَأَجِيْءُ إِلَى قَبْرِهِ فِي كُلِّ يَوْمٍ يَعْنِي زَائِرًا فَإِذَا عَرِضَتْ لِي حَاجَةٌ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ وَجِئْتُ إِلَى قَبْرِهِ وَسَأَلْتُ اللهَ تَعَالَى الْحَاجَةَ عِنْدَهُ فَمَا تَبْعُدُ عَنِّي حَتَّى تُقْضَى
Dari Ali bin Maimun, ia berkata : Aku mendengar Imam As Syafi’i berkata : “Sesungguhnya saya senantiasa bertabarruk dengan Abu Hanifah. Aku senantiasa mendatangi makamnya setiap hari untuk berziyarah. Apabila aku mempunyai hajat, aku solatt dua rokaat, lalu aku datang ke makamnya, selanjutnya aku meminta kepada Allah tentang hajatku disisi kuburnya, tidak lama kemudian hajatku terkabul.” (Tarikh Baghdad, vol. 1 hal. 123)”.

Ana katakan:

1. Riwayat ini mmg ada dlm Tarikh Baghdad dgn sanad berikut:

أخبرنا القاضي أبو عبد الله الحسين بن علي بن محمد الصيمري قال أنبأنا عمر بن إبراهيم المقرئ قال نبأنا مكرم بن أحمد قال نبأنا عمر بن إسحاق بن إبراهيم قال نبأنا علي بن ميمون قال سمعت الشافعي

2. Dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Umar bin Ishaq bin Ibrahim. Dia adalah perawi yang tidak dikenali (majhul). Jika nama sebenarnya Amr bin Ishaq bin Ibrahim bin Humaid, tidak dinafikan bahawa al-Khatib menyebut biografinya dalam Tarikh Baghdad tetapi beliau tidak menyatakan pandangan ulama Jarh wa Ta’dil terhadap beliau. Maka beliau dikira sebagai Majhul al-Hal. Justeru, dakwaan perawi sanad ini tsiqoh tidak benar.

3. Jika benar perawi itu bernama Amr bin Ishaq bin Ibrahim bin Humaid maka sanadnya terputus. Ini kerana Imam Bukhari menyatakan beliau datang melakukan haji pada tahun 341 Hijriah. Sedangkan Ali bin Maimun wafat pada tahun 247 Hijriah mengikut pandangan majoriti ulama. Maka jarak antara mereka hampir-hampir seratus tahun.

4. Komentar Ibn Taimiah terhadap kisah ini:

وهذا كذلك معلوم كذبه بالاضطرار عند من له معرفة بالنقل ، فإن الشافعي لما قدم بغداد لم يكن ببغداد قبر ينتاب للدعاء عنده البتة ، بل ولم يكن هذا على عهد الشافعي معروفا ، وقد رأى الشافعي بالحجاز واليمن والشام والعراق ومصر من قبور الأنبياء والصحابة والتابعين ، من كان أصحابها عنده وعند المسلمين أفضل من أبي حنيفة وأمثاله من العلماء . فما باله لم يتوخ الدعاء إلا عنده . ثم أصحاب أبي حنيفة الذين أدركوه مثل أبي يوسف ومحمد وزفر والحسن بن زياد وطبقتهم ، ولم يكونوا يتحرون الدعاء لا عند أبي حنيفة ولا غيره .

Maksudnya: Ini (cerita ini) diketahui pembohongannya secara pasti bagi sesiapa yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu periwayatan. Sesungguhnya Syafie ketika sampai di Baghdad, tidak ada satu kubur pun di Baghdad yang dituju untuk didoa di sisinya. Bahkan ia tidak dikenali pada hidup Syafie. Sedangkan Syafie telah melihat di Hijaz, Yaman, Syam, Iraq  dan Mesir kubur-kubur para Anbiya’, Sahabat dan Tabiien yang mana mereka lebih mulia dari Abu Hanifah dan ulama seumpamanya pada pandangannya dan Muslimin . Kenapa beliau tidak berhajat untuk berdoa (untuk hajat) melainkan di sisi kuburnya (Abu Hanifah)? Kemudian, anak murid kanan Abu Hanifah seperti Abu Yusuf, Muhammad (bin al-Hasan), Zufar dan al-Hasan bin Ziyad juga tidak pernah bersungguh untuk berdoa (untuk hajat mereka) di kubur Abu Hanifah dan kubur ulama lain.

(Lihat: Ibn Taimiah, Iqtidha’ al-Sirot al-Mustaqim, jld. 2, hlm 206)

5. Kata Ibn Qayyim al-Jawziyyah terhadap riwayat ini:

والحكاية المنقولة عن الشافعي : أنه كان يقصد الدعاء عند قبر أبي حنيفة من الكذب الظاهر

Maksudnya: Hikayat yang dinukilkan dari Imam Syafie yang menyatakan dia berniat untuk berdoa di kubur Abu Hanifah adalah PENDUSTAAN YANG NYATA. (Lihat: Ibn al-Qayyim, Ighathah al-Lahfan, jld. 1, hlm. 218)

Rujukan tambahan:

Ahadith Yahtajju biha al-Syiah, hlm. 183
Bulugh al-Amani fi al-Radd ‘ala al-Tijani, hlm. 34

Abu Muaz Rozaimi Ramle
19 Julai 2013 (11 Ramadhan 1434H),

1,569 total views, 3 views today

Komentar