Apa kata ulama hadis terhadap Kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din karya Hujjat al-Islam al-Ghazzali?
1. Ibn Jauzi:
((اعلم أن في كتاب الإحياء آفات لا يعلمها إلا العلماء، وأقلها الأحاديث الباطلة الموضوعة، وإنما عنقلها كما اقتراها ـ جمعها ـ لا أنه افتراها ، ولا ينبغي التعبد بحديث موضوع والاغترار بلفظ مصنوع
Maksudnya: Ketahuilah bahawa dalam kitab Ihya’ penyakit yang tidak diketahui melainkan ulama. Penyakit yang paling ringan ialah hadis-hadis batil dan palsu. Sesungguhnya beliau (al-Ghazzali) mengumpulkan hadis-hadis itu hasil dari nukilannya (dari sumber lain) dan bukan beliau yang mereka-reka hadis itu sendiri. Tidak boleh beribadat dgn hadis palsu dan terpesona dgn lafaz hadis yang direka. (Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 16-17)
2. al-Zahabi:
((أما الإحياء ففيه من الأحاديث الباطلة جملة، وفيه خير كثير لولا ما فيه من آداب ورسوم وزهد من طرائق الحكماء، ومنحرفي الصوفية، نسأل الله علماً نافعاً
Maksudnya: Adapun kitab al-Ihya’ di dalamnya terdapat hadis-hadis batil secara umum. Padanya ada kebaikan yang banyak jika tidak dipenuhi dengan adab, cara hidup dan zuhud dari jalan-jalan golongan Hukama’ dan sufi yang menyeleweng. Kita mohon kpd Allah ilmu yg bermanfaat…(Siyar A’lam al-Nubala’, jld. 19, hlm 339-340)
3. Ibn Kathir:
((وصنف في هذه المدة كتابه إحياء علوم الدين وهو كتاب عجيب يشتمل على علوم كثيرة من الشرعيات ، وممزوج بأشياء لطيفة من التصوف وأعمال القلوب ، لكن فيه أحاديث كثيرة غرائب ومنكرات وموضوعات
Maksudnya: Beliau (al-Ghazzali) menulis dalam tempoh ini (tempoh ketika beliau tinggal di bumi Syam) kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din yg merupakan kitab ajaib yang meliputi ilmu yang banyak dari ilmu Syarie. Ia juga bercampur dengan perkara-perkara tasawwuf dan amalan jiwa. Tetapi di dalamnya terdapat banyak hadis-hadis gharib (ganjil), munkar dan palsu. (al-Bidayah wa al-Nihayah, jld 12, hlm 174)
Kesimpulannya:
* Oleh itu perlu berhati-hati ketika membaca kitab Ihya’ terutama apabila melibatkan hadis. Rujuklah takhrij al-‘Iraqi (al-Mughni ‘an Haml al-Asfar) untuk mengetahui status hadis yg terdapat dlm kitab Ihya’.
* Kritikan ini bukanlah bermakna ulama hadis menolak ketokohan al-Ghazzali. Beliau jaguh dalam usul fiqh dan fiqh. Sehinggakan al-Zahabi sendiri memujinya dgn berkata: Mana ingin dicari orang seperti al-Ghazzali dan al-Maziri dari sudut ketokohan ilmu dan kedudukan mereka? (Siyar A’lam al-Nubala’, jld19, hlm 340)
* Kita cintakan al-Ghazzali tetapi kita lebih cintakan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh itu, kita memilih untuk pelihara hadis-hadis baginda daripada pendustaan.
* Hadis palsu yang terdapat dalam kitab Ihya’ bukanlah rekaan al-Ghazzali sebliknya beliau hanya nukilkan dari sumber lain dalam keadaan beliau tidak tahu hadis itu palsu.
Abu Muaz Rozaimi Ramle
11 Mei 2013
3.22 pagi
Sweileh, Jordan
1,569 total views, 3 views today
Komen Terkini